Haiwan seperti labah-labah memberikan sumbangan yang penting untuk ekosistem Bumi..Tugas mereka termasuklah membersihkan populasi serangga berbahaya dan juga memelihara tanaman..Apa yang menjadi keajaiban alam adalah sutera yang dihasilkan oleh haiwan ini dan ia dapat dimanfaatkan untuk memudahkan tugas manusia..Namun, haiwan ini juga turut boleh membunuh sekiranya di ancam bahaya..Kalau nak tahu apa jenis labah-labah yang boleh membunuh, meh usha kat bawah ni..
Labah-labah jenis Redback (punggung merah) ini boleh ditemui di seluruh pelosok Australia. Redback betina biasanya berwarna hitam dengan corak merah dan bergaris di belakangnya. Labah-labah ini memiliki racun neurotoksik dan bila anda digigit, ia akan menyebabkan lemah otot, mual, muntah dan berpeluh. Kesan yang paling teruk adalah lumpuh dan menyebabkan kematian.
Labah-labah jenis Funnel-Web ini juga berasal dari Australia. Funnel-Web jantan selalunya berwarna hitam atau coklat berkilat. Labah-labah ini ketika hendak menyerang, akan berdiri dengan kaki belakang dan memperlihatkan taring mereka. Mereka juga memiliki racun neurotoksik dan gigtan mereka dapat menyebabkan mangsa mengeluarkan air liur secara berlebihan, berpeluh, kejang, dan mengeluarkan air mata.
3. The Brazillian Wandering Labah-labah jenis Brazilian Wandering ini boleh ditemui di hutan hujan Amerika Selatan. Mereka ini sangat agresif. Gigitannya sangat menyakitkan kerana ia melepaskan serotonin ke dalam aliran darah mangsanya. Serotonin ini boleh membuatkan mangsa mati seolah-olah seperti mengambil dadah secara berlebihan.
Labah-labah kecil ini mempunyai punggung berbentuk seperti biola. Racun dari Brown Recluse ini akan menyebabkan benjolan pada tempat yang digigit. Malah, gigitannya juga tidak sakit, namun, jangan pandang rendah kerana benjolan tersebut kemudiannya akan membusuk dari dalam dan meleraikan daging dari bahagian tubuh mangsanya itu.
Labah-labah jenis ini mungkin merupakan spesies yang paling ditakuti. Labah-labh hitam berkilat ini boleh ditemui di Amerika Utara. Racun neurotoksiknya akan menimbulkan rasa sakit ketika menggigit, dengan dua tanda taring yang jelas kelihatan. Gejala-gejala gigitannya termasuklah rasa sakit pada perut dan punggung, kejang pada otot perut, gagal bernafas, tekanan darah tinggi, kegelisahan dan jika terlampau lama gigitan dibiarkan, ia boleh menyebabkan kematian.
p/s: Nasib baik spesies yang jenis berbahaya ni tak ada di Malaysia..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *