Sebelum menjalani sebarang aktiviti, kebanyakan orang akan mengambil makanan terlebih dahulu..Namun, jangan mengambil makanan secara sesuka hati..Seperti yang dipetik dari web GeniusBeauty, ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
1. PisangBuah pisang mengandungi banyak magnesium. Ini akan menyebabkan merosakkan batas keseimbangan kalsium dan magnesium dalam tubuh. Akibatnya, risiko penyakit kardiovaskular meningkat.
2. YoghurtYoghurt baik diminum dua jam setelah makan atau sebelum tidur. Jangan mengambilnya ketika perut anda masih kosong. Sebab, manfaat yang terkandung dalam yoghurt akan hilang malah menimbulkan penyakit kardiovaskular.
3. Buah LimauBuah limau mengandung asid sitrat yang tinggi. Apabila anda makan limau semasa perut masih kosong, ia akan memicu reaksi alergi dan menyebabkan peradangan pada lapisan perut (gastritis @ radang perut).
4. TomatoMakanan ini mengandungi pektin dan asid tannic yang memiliki konsentrasi tinggi sehingga kedua-dua zat tersebut berkontribusi pada pembentukkan batu lambung.
5. Bawang Putih, Makanan Dalam Tin & DagingPerut masih kosong dan anda makan jenis makanan ini, anda akan terkena kejang lambung [gastrospasma].
6. Mentimun, Paprika & KubisMeskipun termasuk dalam jenis sayuran, tiga jenis makanan ini dapat menyebabkan iritasi lambung [keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan]
7. Ubi KeledekMakanan ini dapat menimbulkan sensasi "perut berat" apabila anda memakannya ketika perut anda masih kosong.
8. Minuman ManisBanyak orang yang menganggap minuman manis dapat memberikan energi dan sering dijadikan sebagai pembuka makan pagi. Namun, sebenarnya anggapan itu salah. Minuman manis harus dihindari ketika perut anda belum terisi apapun. Hal ini dapat menimbulkan peningkatan kadar gula dalam darah dan keseimbangan asid-bes pun terganggu.
Sumber: GeniusBeauty
p/s: Sesuai dipraktikkan dalam bulan Ramadhan ni =D