Cahaya matahari memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Bumi sentiasa panas dan diterangi cahaya..Selain daripada itu, ia juga memberi manfaat kepada tubuh badan manusia dengan menyumbangkan Vitamin D..Oleh itu, mustahil untuk kita hidup tanpa cahaya matahari ini..Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebuah wilayah di Norwegia yang tidak pernah mendapat sinaran cahaya matahari selama lebih 100 tahun? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Penduduk di wilayah Rjukan, iaitu sebuah kota kecil industri yang terkenal dan terletak di lembah sempit Norwegia Tengah di jangka akan menerima cahaya matahari mulai September ini.
Menurut sejarah, wilayah ini tidak pernah menerima sinaran cahaya matahari selama lebih 100 tahun terutamanya pada musim dingin. Sekiranya berjalan seperti yang dirancang, sinaran matahari akan dipancarkan ke wilayah tersebut melalui tiga cermin gergasi yang dipasang pada sebuah lereng gunung berketinggian 450 meter.
Pemasangan cermin tersebut yang bermula pada 1 Julai 2013 telah siap di laksanakan. Para pekerja dan teknikal dijangka akan memberi sentuhan terakhir terhadap projek bernilai 5.5 juta krone itu.
Selama beberapa dekad ini, penduduk Rjukan terpaksa menggunakan kereta kabel untuk naik ke puncak gunung dan menikmati sinaran cahaya matahari pada musim dingin.
Datuk Bandar Rjukan, Karin Poe, turut menyatakan bahawa penduduk di wilayah berkenaan mungkin terpaksa menggunakan kereta kabel itu dengan lebih lama lagi sekiranya projek pemasangan cermin gergasi itu tidak dijalankan bagi menghadapi musim sejuk.
Menurut penduduk warga emas yang tinggal di situ, rancangan untuk memasang cermin gergasi itu telah lama dirancang ketika bandar kecil itu baru hendak membangun pada 1907, lapor akhbar XinHua.
Walaubagaimana pun, ia tidak mampu dilaksanakan berikutan kekurangan teknologi dan terpaksa mengambil jalan penyelesaian alternatif dengan membina kereta kabel.
Selama lima tahun perdebatan, Majlis Bandar pada tahun ini akhirnya mengambil keputusan untuk menyumbang dana sebanyak 5.5 juta krone (US$823,000) untuk memasang cermin gergasi tersebut.
p/s: Lama tu 100 tahun tak dapat cahaya matahari, mesti sejuk gila..