Dry La Sangat Kan

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Uncategories » Gnarly: Makhluk Aneh Menyerupai Batu, Mempunyai Darah & Organ Dalaman *0*

Monday, 8 July 2013

Gnarly: Makhluk Aneh Menyerupai Batu, Mempunyai Darah & Organ Dalaman *0*

Lazimnya, batu merupakan benda yang tidak bernyawa dan boleh di dapati di mana-mana..Namun, berbeza dengan "batu" ini kerana ia merupakan sejenis makhluk hidupan laut dan hanya boleh di dapati di perairan Chile dan Peru sahaja..Selain itu, ia juga boleh dijadikan hidangan makanan laut yang lazat..Nak tahu apa dia, meh usha kat bawah ni..


Makhluk yang menyerupai "batu" ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai "Gnarly". Ia merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.

Cara pembiakan makhluk ini ada lah secara aseksual iaitu pembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.


p/s: Erkkk..Apa rasa pun tak tahu la..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Mono
22:32

Belum ada komentar untuk "Gnarly: Makhluk Aneh Menyerupai Batu, Mempunyai Darah & Organ Dalaman *0*"

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :
Powered by Blogger.
Copyright 2013 Dry La Sangat Kan - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates