Lazimnya, seorang lelaki yang normal akan terangsang apabila melihat tubuh badan wanita yang seksi dan mengiurkan..Namun, situasi itu amat berbeza bagi lelaki ini kerana dia hanya akan rasa terangsang apabila melihat belon..Haa, kalau nak tahu apa yang pelik dengan lelaki tersebut, meh usha kat bawah ni..
Seorang lelaki bernama Julius, 65 tahun ini memiliki kelainan di mana dia tidak akan terangsang apabila melihat wanita melainkan akan terangsang hanya apabila melihat belon.
Julius mengatakan bahawa dia mula mengalami kelainan ini sejak 52 tahun yang lalu dan sejak itu lah dia menganggap belon sebagai objek seksual yang boleh membuat dirinya terangsang.
"Setiap kali melihat belon, jantungku berdegup dengan kencang dan mula rasa terangsang. Ketika aku memeluk dan mencium belon, rasanya seakan-akan berada di syurga," ujar Julius seperti dipetik oleh The Daily Mail.
Pada ketika ini dikatakan terdapat 5,000 biji belon dan seperti kebanyakkan lelaki normal yang lainnya, dia juga mempunyai hubungan yang khusus dengan salah satu belon-belon koleksinya.
Secara intelektual, Julius menyedari bahawa belon adalah suatu benda yang tidak bernyawa. Meski begitu, dia berharap rasa cintanya boleh membuatkan seolah-olah belon itu sebagai benda yang hidup.
p/s: Macam-macam perangai dok ada =,='