Amalan berpuasa membawa maksud menjauhkan tubuh badan dari sebarang makanan.Amalan ini juga kadang-kadang disebabkan oleh beberapa tujuan misalnya, bagi umat Islam, berpuasa adalah untuk memenuhi tuntutan agama manakala ada yang berpuasa bagi menjaga kesihatan seperti diet.
Ketika berbuka puasa, amat penting bagi kita perhatikan apa jenis makanan yang kita ambil untuk berbuka.Hal ini kerana ketika kita berpuasa, perut kurang menghasilkan cecair enzim yang mana akan mempengaruhi keadaan lendir di dalam perut..
Menurut rencana yang ditulis oleh Wikihow.com, makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit perut, cirit-birit dan kembung.Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan adalah berbuka dengan makanan yang sesuai dengan keadaan kita pada hari itu dan makan secara perlahan-lahan agar sistem pencernaan dapat berfungsi dengan baik..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
1. Lihat masa untuk berbuka puasa. Jumlah makanan yang akan dimakan dan dicerna perlu lah disesuaikan dengan tempoh berapa lama anda berpuasa.
2. Buka lah puasa anda dengan meminum air. Lebih elok, minum lah jus dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
3. Setelah meminum air, lanjutkan dengan memakan buah-buahan seperti kurma atau yogurt. Ini kerana yogurt mempunyai bakteria-bakteria baik untuk usus anda.
4. Masukkan salad sayur dalam menu berbuka anda. Ia dapat membantu penyesuaian makanan dalam tubuh anda.
5. Selain sayuran, makanan seperti kekacang juga baik untuk tubuh anda. Jangan lupa untuk makan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan dan susu.
6. Perhatikan tubuh anda. Buka lah puasa dengan makanan yang sedikit dan berhenti makan sebelum kenyang. Dengan itu, anda akan dapat makan lagi setiap 2 hingga 3 jam sekali.
7. Kunyah makanan dengan perlahan. Dengan itu, ia dapat membantu tubuh anda mencerna makanan tersebut dengan perlahan.
p/s: Kesihatan tubuh badan tu penting, terutamanya dalam bulan puasa ini =D