Kebanyakkan wanita mengidamkan tubuh badan kurus dan langsing, malah sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu mendapatkan tubuh badan sedemikian rupa..Namun, tahu kah anda bahawa mempunyai tubuh badan kurus berlebihan boleh membahayakan kesihatan? Selain itu, ia turut menampakkan kesan yang sangat mengerikan..Nak tahu siapa wanita paling kurus di dunia ketika ini, meh usha kat bawah..
Crystal Renn merupakan salah seorang model Amerika Syarikat yang mula berkecimpung dalam dunia fesyen semenjak berusia 14 tahun. Renn pernah diberitahu bahawa untuk menjadi seorang model, dia perlu menurunkan hampir satu pertiga dari berat tubuhnya yang membuatkan dirinya mengalami anoreksia selama bertahun lamanya. Akibat keadaan itu, Renn pantas mengubah cara pemakanannya dan rajin melakukan aktiviti rekreasi sehingga mampu menaikkan semula berat badannya sebanyak 32kg. Akibat dari itu, Renn menulis sebuah buku mengenai pengalamannya semasa menghidap anoreksia.
Jodie Kidd masih berusia 15 tahun ketika dipertemukan dengan seorang jurugambar, Terry O'Neil di pantai Barbados dan memulakan karier sebagai model pada usia 16 tahun. Ketika itu, Kidd mengalami demam kelenjar yang membuatnya menjadi sangat kurus sehingga hanya mempunyai berat sebanyak 48 kg dengan tinggi 188 cm. Akibat keadaan itu, Kidd telah digelar sebagai 'rangka hidup' dan turut dituduh mengalami anoreksia. Selepas 8 bulan berhenti dari menjadi seorang model, Kidd kini berusaha menambahkan berat badannya hingga mencapai berat ideal.
3. Ana Carolina Reston Ana Carolina Reston merupakan seorang model yang turut merasai keburukan akibat mempunyai tubuh badan yang terlalu kurus. Punca yang menyebabkan dia menjadi kurus adalah kerana dia menghidap anoreksia. Bahkan, penyakit tersebut membuatkan model Brazil ini meninggal dunia ketika berusia 21 tahun dengan berat badannya hanya 40 kg.
4. Charlotte di Calypso Gelaran 'mayat hidup' amat sesuai diberikan kepada model bernama Charlotte Di Calypso ini. Pemenang Elite Model Look pada tahun 2005 ini masih muda yakni baru berusia 23 tahun. Karier gemilangnya sebagai super model dunia sepertinya membuatkan Calypso lupa untuk mempedulikan keadaan tubuhnya yang boleh dikatakan menyedihkan kerana terlalu kurus.
5. Chloe Memisevic Chloe Memisevic merupakan seorang gadis yang seksi, cantik, dan menjadi salah seorang model dalam setiap pertunjukkan fesyen. Namun, Memisevic bersikap terlalu buruk terutamanya pada tubuh badannya sendiri. Memisevic pernah menyedari keadaan tubuhnya sebelum itu, namun semuanya telah terlambat kerana dia kemungkinan menghidap anoreksia.
6. Isabelle Caro Isabelle Caro merupakan seorang model yang bernasib malang akibat menghidap anoreksia sama seperti Ana Carolina Reston. Bahkan, kerana keadaan tubuhnya yang terlalu kurus sehingga menampakkan segala tulang, Caro akhirnya meninggal dunia ketika berusia 28 tahun. Sebagai seorang model, dia cukup terkenal dalam industri fesyen. Nasib Caro telah menjadi contoh bagi model-model junior supaya jangan sesekali berfikir bahawa menjadi terlalu kurus itu adalah perkara yang baik.
7. Lizzie Velasquez Lizzie Velasquez merupakan seorang gadis malang berasal dari Texas yang sering diejek sebagai perempuan yang mempunyai penampilan fizikal paling buruk di dunia. Velasquez lahir dalam keadaan prematur dengan berat hanya 0.9 kg tanpa memiliki sebarang lemak tubuh sehinggakan tidak mampu mencapai berat ideal. Meskipun makan seharian, Velasquez hanya mempunyai berat badan sebanyak 26.3 kg dalam usianya yang sudah menginjak 24 tahun. Kerana keadaan tubuhnya, Velasquez mengalami buta di salah satu matanya serta sindrom progeria dengan kesan kedutan melampau pada kulit.
8. Mischa Barton Mischa Barton merupakan seorang pelakon filem berusia 27 tahun yang juga seorang model. Barton pernah terjebak dengan kes yang menyebabkan dia berurusan dengan polis seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan tidak memiliki lesen hingga kepada menghisap ganja. Namun, apa yang cukup menyedihkan adalah ketika dia menghidap penyakit anoreksia. Hal itu kelihatan ketika Barton menghadiri pertunjukkan fesyen Elie Saab at Palais de Tokyo yang menjadi sebahagian Paris Fashion Week di mana tubuhnya nampak kurus luar biasa dan membuatnya kelihatan cukup jelek.
9. Keira Knightley Memulakan karier antarabangsa melalui rancangan BEND IT LIKE BECKHAM pada tahun 2003, nama Keira Knightley yang juga seorang model ini semakin meningkat terutamanya ketika terlibat dalam filem saga PIRATES OF THE CARIBBEAN. Tubuhnya yang sangat kurus pernah membuatkan Knightley dianggap mengalami penyakit anoreksia kerana sejarah keluarganya pernah mengalami hal yang sama. Knightley menafikan berita tersebut dan memilih untuk menghilangkan diri selama setahun untuk kembali mencapai berat ideal seperti ketika ini.
10. Taylor Armstrong Bintang The Real Housewives of Beverly Hills ini pernah membuat masyarakat terkejut dengan keadaan tubuhnya pada bulan April 2011. Ketika itu, Taylor Armstrong yang kini sudah berusia 42 tahun itu telah kehilangan sekitar 9 kg dalam tempoh masa dua bulan yang berpunca akibat masalah rumah tangganya. Keadaan Armstrong itu membuatnya tulang rusuknya menonjol dengan perut cekung yang membuatkan ramai orang takut dia mengalami penyakit anoreksia.