Sudah menjadi keutamaan, bagi setiap negara di seluruh dunia mengamalkan situasi wanita yang ingin melahirkan anda sebagai satu situasi kecemasan tanpa mengira bangsa..Walaubagaimana pun, di Mexico, seorang wanita berketurunan Orang Asli terpaksa melahirkan anak beralaskan rumput di perkarangan hospital selepas pihak hospital enggan menerimanya sebagai pesakit..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Oaxaca, Mexico - Seorang wanita terpaksa melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah hospital umum di Mexico.
Laporan menyatakan bahawa wanita berkenaan yang merupakan keturunan Orang Asli itu mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial. Foto yang diterbitkan di akhbar dan media sosial menunjukkan Irma Lopez, 28 berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang mash bertali pusat di luar hospital awam di Oaxaca.
Kejadian tidak berhati perut itu mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.
Selepas siasatan dijalankan, kerajaan telah menggantung perkhidmatan Pengarah Hospital berkenaan, Adrian Rene Cruz Cabrera.
Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang berkualiti dan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. - Agensi.
p/s: Tak berperikemanusiaan langsung!