Permainan bola sepak merupakan sukan yang dominan dan paling banyak ditonton oleh segenap lapisan masyarakat di dunia..Sukan paling berprestij ini juga dikatakan sering dimonopoli oleh kaum lelaki, lihat sahajalah di kedai-kedai minum berhampiran anda apabila ada perlawanan bola sepak, sudah tentu ia dipenuhi oleh kaum lelaki..Namun, jangan terkejut sekiranya anda berkunjung ke Peru kerana bukan sahaja kaum lelaki yang meminati sukan bola sepak malah kaum wanitanya turut sama bermain sukan tersebut..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, sukan bola sepak juga amat popular di Peru termasuk juga kepada kaum wanitanya yang terdiri dari suku kaum Asli yang mendominasi populasi penduduk negara tersebut.
Lazimnya, mereka akan bermain bola sepak sambil memakai pakaian tradisional. Agak luar biasa untuk melihat pemain-pemain bola sepak bertocang hitam panjang di dalam skirt beraksi.
Video:
p/s: Skill main pun boleh kira mantap jugak..Silap hari bulan, boleh cantas skill player lelaki..Hehehe
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *