Helikopter merupakan pengangkutan udara yang sangat penting berikutan kemampuannya untuk mendarat dan berlepas dengan cepat..Dengan bantuan teknologi moden pada hari ini, sebuah helikopter unik dengan 18 kipas rotor telah berjaya dicipta dan mampu terbang ke udara dengan lancar..Nak tengok bagaimana rupa helikopter tersebut, meh usha kat bawah ni..
E-volo Volocopter VC200 merupakan helikopter elektrik dengan 18 kipas rotor yang pertama di dunia. Helikopter dengan dua tempat duduk ini mempunyai enjin kipas yang tidak mengeluarkan sebarang asap pembakaran berikutan ia dikuasakan dengan enam pek bateri berserta rangka yang diperbuat dari serat karbon tahan lasak yang ringan. Bukan itu sahaja, ia juga dikendalikan dengan menggunakan kipas dan dapat menukar kelajuan sama seperti quadcopter.
Menurut Dvice, prototaip helikopter VC200 baru-baru ini telah pun "mengambil langkah ke langit untuk siri pertama penerbangan ujian. Ahli pasukan bukan sahaja berasa kagum dengan pengalaman penerbangan pesawat yang lancar, malah mereka juga terkejut dengan bagaimana senyapnya Volocopter tersebut sewaktu ia di udara. VC200 telah membuat sebanyak sembilan kali penerbangan, termasuk satu yang berlangsung hampir 22 meter.
Video: p/s: Wow! Menarik tu =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *