Kenderaan tidak kira kereta atau motorsikal merupakan pengangkutan yang amat diperlukan bagi golongan pelajar unversiti untuk memudahkan pergerakan mereka ke kelas dan melakukan tugasan lainnya..Namun, apa yang berlaku di sebuah universiti di Dubai menunjukkan rata-rata pelajar dari golongan berada hadir ke kelas dengan menggunakan kenderaan mewah..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Dubai, United Arab Emirates - Berdasarkan tempat letak kereta di American University of Dubai, pelajar di sini dilihat tidak akan kelihatan susah untuk mencari pekerjaan lepas habis belajar nanti. Di sini, kereta mewah milik para pelajar dilihat berselerakan di merata tempat. Seorang pelajar, Meeka Nasser ingin menunjukkan kepada betapa mewahnya kenderaan yang digunakan oleh para pelajar berkenaan.
Dia berkata, "Saya pelajar yang belajar di universiti ini dan kereta yang dipandu oleh para pelajar di sini kelihatan tidak munasabah dengan status mereka sebagai seorang pelajar. Jika di Kanada, kereta saya akan dipuji sebagai bagus dan hebat tetapi di sini, tiada sesiapa yang memandangnya lebih dari sekali."
"Gambar-gambar ini telah diambil dalam tempoh beberapa hari dan hanya dalam salah satu kawasan tempat letak kereta universiti. Oleh kerana kenderaan seperti Porshe Cayennes dan Range Rovers adalah kenderaan yang paling banyak didapati, saya hanya memasukkan beberapa keping daripada mereka di dalam album."
"Perlu di ingat, hampir semua pelajar di sini hanya berusia antara 18 dan 24 tahun, dan bilangan pelajar jurusan program siswazah agak kecil di sini. Pelajar-pelajar yang memandu kereta mewah dan mahal (Rolls Royces, Bentleys dan lain-lain) merupakan penduduk tempatan UAE."
American University of Dubai ini merupakan sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada tahun 1995. Ia menawarkan sijil sarjana muda dan ijazah sarjana dalam Pengajian Timur Tengah.
p/s: Aku sendiri datang kelas pun naik motor je..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *