Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia, malah keletahnya juga mampu menghiburkan hati..Bagi seekor kucing yang dikenali sebagai Lil Bub ini, keletahnya yang suka menjelirkan lidah telah menarik perhatian ramai dan menjadikannya terkenal dalam dunia Internet..Nak tahu dengan lebih lanjut pasal kucing ni, meh usha kat bawah ni..
Lil Bub merupakan seekor kucing yang semakin terkenal dalam dunia Internet. Dengan jumlah pengikut yang agak ramai, kucing ini sememangnya mempunyai kriteria yang menarik. Selain dari benar-benar comel, kucing ini ternyata mempunyai sifat yang agak unik. Lil Bub telah ditemui di tempat sampah, diselamatkan dan dilahirkan dengan pelbagai anomali genetik.
Kecacatan genetik pada kucing ini dipanggil "perma-kitten", yang bermaksud Lil Bub akan kekal saiz dan ciri-ciri seperti seekor anak kucing sepanjang hidupnya. Ia juga mempunyai kecacatan lain seperti kes dwarfism (kerdil) yang melampau, di mana ia tidak mempunyai anggota badan yang seimbang secara relatif ke seluruh tubuhnya dan mempunyai kesukaran untuk bergerak.
Ia mempunyai kaki yang kontot dan badan yang panjang. Rahang bawahnya jauh lebih pendek dari rahang atasnya, dan giginya tidak pernah berkembang dan ia menjadi salah satu sebab kenapa lidahnya sering terjelir dan tergantung.
Selain itu, Lil Bub juga adalah sejenis kucing polydactyl, yang bermakna ia mempunyai jari tambahan dan dalam kes ini, satu jari tambahan pada setiap kakinya. Dan satu lagi sudah tentu mata besarnya yang berwarna hijau.
p/s: Alaaa..Comeynyaaaa~~ (n_n)