Sekiranya di Malaysia, rata-rata lori dan trak sememangnya bergerak perlahan sehingga kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan marah..Tetapi, cuba bayangkan kalau trak-trak ini mampu bergerak laju malah lebih laju dari kenderaan ringan yang lain, bagaimana reaksi anda? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Shockwave merupakan sebuah trak berkuasa jet yang terpantas di dunia. Ia dijana dengan 3 buah enjin jet dan mampu mencecah kelajuan lebih daripada 375 batu sejam (mph). Dengan enjin jet tersebut, lori Chevy 1957 seberat 3 tan ini mempunyai kira-kira 36,000 kuasa kuda, menurut apa yang dilaporkan Barcroft TV. Malah, Shockwave turut dilaporkan mampu menjangkau jarak sejauh suku batu hanya dalam 6.5 saat sahaja.