Pembinaan projek MRT yang telah dilancarkan pembinaannya pada 8 Julai 2011 dijangka akan mendapat sentuhan bergaya dari pihak automotif terkenal dunia iaitu BMW..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia telah bersedia untuk mendapatkan kereta api bawah tanah baru yang bergaya di mana ia akan direka oleh pihak BMW.
Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam, Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pihak Designworks USA, iaitu anak syarikat BMW.
Dalam satu kenyataan oleh BMW, reka bentuk kereta api bawah tanah ini akan diilhamkan oleh Kuala Lumpur: manakala dari segi bina yang memberi inspirasi, lampu luar, panel hiasan dalaman akan direka bagi melihatkan reka bentuk tradisional Malaysia.
Satu skim pencahayaan LED biru, termasuk di bawah tempat duduk, akan bergerak di sepanjang dalam kereta api bawah tanah. Ia juga akan mempunyai ciri-ciri intuitif, seperti sistem bimbingan cahaya dan bip di pintu bagi membantu para penumpang yang kurang upaya.
Gerabak juga akan dibina dari keluli tahan karat sepenuhnya, 95% darinya boleh dikitar semula dan cekap tenaga.
Laurenz Schaffer, Presiden bagi BMW Group Designworks USA, berkata bagi reka bentuknya: "Ia melambangkan keyakinan diri, kepimpinan teknologi, kemajuan dan keselamatan."
Menjelang 2017, Kuala Lumpur berharap untuk memiliki 58 buah kereta api bawah tanah dan digunakan sepenuhnya dalam sistem metro mereka.
p/s: Wow! Semakin canggih =D