Apabila anda berfikir mengenai kereta sport, anda lebih cenderung untuk membayangkan sebuah kereta yang laju, pantas, lincah dan mampu memikat ramai gadis cantik..Walaubagaimana pun, sudah tentu anda tidak memikirkan langsung mengenai sebuah kereta sport yang berenjin diesel dan apa yang mengejutkan, pihak Trident kini telah bertekad untuk merancang pengubahan sebuah kereta sport yang bakal dikenali sebagai sebuah kereta sport berkuasa diesel yang paling pantas dan jimat bahan api di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Selama 8 tahun dalam pembuatan, kereta sport Trident Iceni ini mempunyai enjin V8 6.6 liter berkuasa turbo yang mempunyai transmisi automatik 6 kelajuan. Trident juga mempunyai kuasa dorongan sebanyak 395 kuasa kuda. Ia mampu memecut dari 0-60 batu sejam dalam masa 3.7 saat dan mempunyai kelajuan maksimum lebih 190 batu sejam.
Selain itu, jarak perjalanan kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 2,000 batu. Dengan dihiasi reka bentuk gaya kereta klasik British dan dengan menambah sebanyak $19,000, anda berpeluang untuk menikmati "Performance Pack" yang akan ditambah bagi meningkatkan kuasa kuda sehingga mencecah 430 kuasa kuda dan meningkatkan kuasa tork sebanyak 950 kaki per-tork.
p/s: Mesti bunyi lagi garang ni =D